Sunday, November 29, 2009

ME N MY KERJAYA... (Bhg 1)



Salam Untuk Semua....

Selama saya menjinakkan diri dalam Teknologi Internet ni....
Kebanyakkan yang saya kenal..masing2 tak tahu ape itu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran...
Bidang yang saya ambil sekarang...
Bidang yang akan menjamin kehidupan saya utk masa yang akan datang...InsyaAllah..
Boleh kata hampir 90%, tak tahu ape itu PPKP dalam Kementerian Kesihatan....
Adooyai...Sedih btol....tp tak pe..
Ramai yang tak tahu ape keje saya ek??
Bila saya kata saya keje under Kementerian Kesihatan Malaysia je...
Masing2 ingatkan saya ni MISI..tak pun DOKTER...
Sekarang rasa mcm ade something yang mendorong saya nak memperkenalkan PPKP dgn lebih dekat lagi...

Sebenarnya PPKP ni nama baru...dulu2 orang panggil MERINYU KESIHATAN..
pastu dah ditukar kepada INSPEKTOR KESIHATAN (IK)..
masa zaman IK ni..sebut je IK..semua org tahu...
tp setelah arus kemodenan yg dah bertambah2 ni...
nama IK tu pun di 'upgrade' kan lagi menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran @ PPKP...

Jd..sebelum saya amik keputusan nak amik course ni..
Saya mmg dah tahu ttg PPKP ni awal2 lagi..memandangkan mak saya pun orang kesihatan jugak...
Dulu..saya amik course Law kat UIA Gombak..tp tak sempat nak habis..dah brenti...mmg sayang la...
Tp Allah tu masih beri saya peluang nak baiki diri...dapat pulak tawaran SPA utk Course Environmental Health ni...
Alhamdullillah...

Camne nak Apply ek??

1. Memula korang kene isik BORANG SPA..dulu2 manual...skang ni dah ade internet...
2. Pastu tunggu pihak SPA panggil untuk ambik EXAM BERTULIS...
3. Kalau korang lulus exam tu..baru la panggilan untuk temuduga dibuat...
4. Masa temuduga tu memang la ada soklan2 tentang kesihatan..KONPOM ADA...
Jd korang prepair la sebaik mungkin....
5. Tunggu la keputusan temuduga tu..samaada lulus @ tak...
6. Kalau lulus..Alhamdullillah... tp kalau tak lulus...jgn putus asa..isi lagi...

Senang kalau dapat blaja under Government ni..
Mcm2 kemudahan kerajaan beri..elaun bulanan..asrama..buku..elaun baju..semuanya la...
Orang kata dapat DIPLOMA tu free2 je...
Janji ada usaha nak blaja n berjaya!!

Sekarang ni Alhamdullillah saya dah sem 6..
Tahun depan tunggu la posting nak keje plak...
Jd PPKP ni memang mencabar tp seronok kalau ada minat...
Semua orang tak tahu ape peranan dan macamana kerja kami PPKP ni...
So...nanti untuk bahagian 2 dan seterusnya..
Saya akan cerita pulak apa tugas saya sebagai seorang PPKP...
Jumpa Nanti ek...
Chaiyok2 NiNiE....

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA...


SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA PEMBACA...

Tahun ni beraya AidilAdha secara sederhana tetapi penuh erti buat saya..Mengapa??

1. Sebab tahun ni saya pertama kali berpuasa 9 Zulhijjah bersama-sama keluarga tercinta.
2. Tahun ni juga, kami beraya bersama Angah dan Makngah Umi serta Baby Yaya dalam perut yang tgh sarat sebab dorang balik dari New Zealand.
3. Kami beraya tanpa Along, Kak Munie, Epan dan Ekal sebab mereka beraya di Sabah( Baba Epan Ekal kene keje dilaut!! )
4. Sehari sebelum raya, saya dapat tahu result untuk Final Exam keluar dan dapat tahu pulak keputusan... I GOT 4.0 IN MY FINAL EXAM..... Ni la berita paling best didengar.. Alhamdullillah....
5. Tapi...berat badan saya tak turun minggu ni.... Waaaaa.... ni la yg paling 'BERERTI' untuk saya...hehehehe.. sbb lepas ni kene pulun habis-habisan nak TURUN berat semula..kalau tak nanti target lari plak... Chaiyok-chaiyok....

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud;

"Tiada amal Anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada Hari Kiamat lengkap tanduk, kuku dan bulunya.Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi.Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan" ( Hadith Riwayat At-Tirmizi )

Tuesday, November 24, 2009

SEMALAM YANG MENDUNG..


SALAM...

Semalam..cuaca memang mendung aje dari pagi sampai ke petang..bertambah mendung bile lebih kurang pukul 11 pagi, mak saya dapat satu panggilan telefon dr angah saya.. dapat berita yang sedih iaitu mak mertua dia (besan mak saya) sudah pergi ke Rahmatullah... terkejut jugak sebab baru raya yang lepas berkesempatan melawat arwah dirumahnya..nampak tak de pape..masih sihat je..sempat jugak kami bergambar dengan arwah..adalah kenangan buat kami semua..

Dah sebulan lebih jugak la arwah terlantar di hospital sbb disyaki menghidap penyakit MENINGITIS!! termasuk arwah ni, dah 2 orang yang saya kenal rapat meninggal atas sebab yang sama... bahaya rupanya penyakit ni..sepanjang yang saya belajar di kolej, kite hanye tahu dan blajar atas kertas aje tentang penyakit ni.. rupa2 nya.. penyakit ni memang tak boleh dipandang remeh...

Jadi, dikesempatan ini jugak lah dah menjadi tanggungjawab saya selaku kakitangan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menyebarkan kepada pembaca blog semua berkaitan dengan penyakit ini...

Meningitis ni sebenarnya ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus slalunye kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula agak serius dan boleh membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut. Bahaya kan??

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus.

Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

TANDA-TANDA AWAL :
Demam
Kurang selesa.
Enggan minum.
Sakit kepala.
Menangis berterusan.
Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")

TANDA AKHIR SERANGAN MENINGITIS :

Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedar.

CARA JANGKITAN
Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafaan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).

MEREKA YANG BERISIKO
- Jangkitan mudah merebak di kalangan:
- Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
- Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.

GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.

Untuk lebih info mengenai penyakit ini, rajin-rajin la anda membaca..kalau tak pun tekan je http://pmr.penerangan.gov.my atau http://www.myhealth.gov.my

Jadi...berdoalah kepada ALLAH agar kita dan keluarga dijauhkan dari penyakit merbahaya seperti ini..INSYAALLAH... Al-Fatihah untuk Puan Supiah Binti Suriyo


Sunday, November 22, 2009

KENDURI...KENDURI..KENDURI... Adooyai!!



Salam...

Hari ni sememangnya hari yang menggerunkan... Sepanjang cuti sem ni, saya tak ada lagi pergi ke mana-mana majlis perkahwinan.. Tapi, hari ni terpaksa mengikut Mak n Abah ke Majlis Perkahwinan anak-anak kawan dorang... so, apa lagi?? bila diajak je, dalam fikiran tu dah teringat NASIK MINYAK yang menggerunkan!!! alamak?? camne aku ni?? Adooyai...

Nak tak nak..terpaksa le tanam semangat supaya tak curik2@berpura2 menyenduk nasik minyak pengantin tu... Camne pun..ALHAMDULLILLAH.. dapat jugak tahan nafsu nak makan nasik minyak... mana tak nye risau..sebab hari ni je ada 2 buah rumah yang melansungkan kenduri kawin anak2 kwn abah tu... BAHAYA WO...

Bila sampai je..tengok dulu lauk2 yang boleh dimakan.. dua2 buah rumah masing2 ade lauk ayam..hehehhe..MY FEVERETTO!! janji ada ayam, pasti amik punye.... so, sepanjang kenduri tu saya makan semua lauk pauk yang dihidang dan minum air sirap yang dah menjadi minuman rasmi bila ade kenduri kawin kat mane2 tempat pun....

Whatever it is, petang ni mesti workout bermati-matian untuk buang balik calories kenduri kawin td...( walaupun lauk-pauk tu tak habis dimakan!! ).. caiyok2 NiniE...

Friday, November 20, 2009

COSMICNATURE vs KURUS??


Salam...
Sebenarnya sepanjang seminggu saya kat umah mak, saya sempat jugak buat satu treatment yang membantu untuk meneruskan rancangan 'program diet' saya jugak... actually, treatment ni untuk semua jenis penyakit.. tp salah satu kebaikannya adalah mengurangkan jumlah kolestrol dan lemak dalam badan kite...so ape lagi, tiap2 hari saya ke tempat dimana menempatkan hampir 6 buah mesin yang dipanggil PRO-NATURE secara FREE!!! tak lama pun buat treatment ni..hanya 30 minit je..

Mula2 rasa macam tak brape confident nak buat, tp memandangkan yang mak saya dah buat hampir 2 bulan dan yang paling menakjubkan ialah bacaan kencing manis mak saya menurun setelah 2 minggu treatment.. ( dr bacaan 13 turun ke 4.5 !! ) bagus tak?? ramai responden yang sempat jugak saya tanye masing2 menunjukkan ibu jari...kata mereka..memang BEST!!

Jadi, kebetulan pulak one of my neighbour ada plak membeli mesin tu, saya pun ape lagi..kalau ade masa terluang cepat2 saya ke rumah jiran saya tu...heheheh.. nak slim la katakan... kene ade usaha..betul tak??
Sape2 yang nak tgok laman web cosmicnature tu klik kat sini ek : http://www.cosmicnature.com


Thursday, November 19, 2009

Hari ni memang HEAVEN!!

Salam...

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah kuar hantar abah g dialisis (cuci buah pinggang) kat Pusat Haemodialisis Mawar, Seremban. Menjadi rutin mak saya g hantar abah setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu... so, after je solat subuh pagi td, saya dah siap2 pakai baju sukan nak berjoging kat Taman Tasik Seremban.. apa yang meng'heaven'kan saya adalah percubaan seminggu tanpa nasi dan amalkan senaman setiap hari bermula 12hb Nov menghasilkan sesuatu yang membanggakan...hehehehe... berat saya TURUN 1.7KG.. memang heaven day!!!

Kalau dah starting sungguh memberangsangkan... bertambah lagi semangat saya nak meneruskan 'program diet' saya... buat mereka yg membaca blog saya yang senasib ngan saya ni... ingat!! semua org mcm kite boleh jadik slim n cantik... dreams beautiful...bukan lagi mimpi...tp realiti..janji mesti ade usaha... chaiyok- chaiyok!!


Tuesday, November 17, 2009

Yes!!! Akhirnye...


Assalamualaikum buat semua...

Berbekalkan semangat dan perasaan 'iri hati' melihat ramai yg dah ada blog... akhirnya tanggal 17 November 2009 jam 12.31 tghri bersamaan hari Selasa... dapat jugak mencipta sebuah blog untuk diri sendiri... heheheh....

Ni semua hasil dari membaca beberapa buah blog berkaitan 'program diet' (nak kuruskan badan...hehehehhe...) dan yg paling penting bile terbaca plak tulisan abang sendiri dalam blog nye
'Adliayob.wordpress.com - Apakah Blog, Siapakah Bloggers dan Mengapa Buat Blog'...

Pergh... teruja jugak nak buat blog... thanks Along!! Tapi mula2 ni terkial-kial sikit la kan..maklumlah first time experience la katakan.... walaubagaimana pun.. sudi2 la kirenye u'll memberi semangat n comment ape yg patut untuk saya...