Tuesday, November 24, 2009

SEMALAM YANG MENDUNG..


SALAM...

Semalam..cuaca memang mendung aje dari pagi sampai ke petang..bertambah mendung bile lebih kurang pukul 11 pagi, mak saya dapat satu panggilan telefon dr angah saya.. dapat berita yang sedih iaitu mak mertua dia (besan mak saya) sudah pergi ke Rahmatullah... terkejut jugak sebab baru raya yang lepas berkesempatan melawat arwah dirumahnya..nampak tak de pape..masih sihat je..sempat jugak kami bergambar dengan arwah..adalah kenangan buat kami semua..

Dah sebulan lebih jugak la arwah terlantar di hospital sbb disyaki menghidap penyakit MENINGITIS!! termasuk arwah ni, dah 2 orang yang saya kenal rapat meninggal atas sebab yang sama... bahaya rupanya penyakit ni..sepanjang yang saya belajar di kolej, kite hanye tahu dan blajar atas kertas aje tentang penyakit ni.. rupa2 nya.. penyakit ni memang tak boleh dipandang remeh...

Jadi, dikesempatan ini jugak lah dah menjadi tanggungjawab saya selaku kakitangan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menyebarkan kepada pembaca blog semua berkaitan dengan penyakit ini...

Meningitis ni sebenarnya ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus slalunye kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula agak serius dan boleh membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut. Bahaya kan??

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus.

Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

TANDA-TANDA AWAL :
Demam
Kurang selesa.
Enggan minum.
Sakit kepala.
Menangis berterusan.
Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")

TANDA AKHIR SERANGAN MENINGITIS :

Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedar.

CARA JANGKITAN
Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafaan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).

MEREKA YANG BERISIKO
- Jangkitan mudah merebak di kalangan:
- Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
- Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.

GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.

Untuk lebih info mengenai penyakit ini, rajin-rajin la anda membaca..kalau tak pun tekan je http://pmr.penerangan.gov.my atau http://www.myhealth.gov.my

Jadi...berdoalah kepada ALLAH agar kita dan keluarga dijauhkan dari penyakit merbahaya seperti ini..INSYAALLAH... Al-Fatihah untuk Puan Supiah Binti Suriyo


No comments:

Post a Comment