Thursday, December 30, 2010

Anugerah yang tak ternilai...30 Disember 2010




Salam....
Today is my burfday....
Alhamdulillah...
I am very thankful to ALLAH S.W.T as He still gives me life to live..
and deeply grateful for all the blessing in my life...
Syukran Ya Allah....
This special note of gratitude also goes to my beloved parents....
Pn.Hjh Hayati Binti Othman & En. Ayob Bin Zainal..
for all the infinite love and support throughout my difficult times....
Thanks mak n abah...

Not to forget, my siblings....
Along, Kak Munie, Angah, Ummi n Ais....
Hadiah mana ???? hahahhaha

Finally...
To all the family members & true friends...

Thanks for the trust, love & friendship...

P/s : oopPss..To my loving & caring Ed ,thanks for your patience & love.:D



Wednesday, September 22, 2010

Healthiest Foods on Earth

Salam....

Dah lama rasanyer tak update blog ni...so..td lepas cek email..ade one of my fren invite utk masuk kat laman web kesihatan ni : www.livehealthclub.com.. memang info yang ade dlm ni best2 belaka utk dikongsi semua...

HEALTHIEST FOODS ON EARTH

1. Berries
All berries are low in sugar and high in fiber. Blueberries have been shown to increase memory in lab studies, and raspberries and strawberries are loaded with ellagic acid, a powerful antioxidant that seems to have some anti-cancer properties, according to the American Cancer Society.

2. Beans
Beans are extremely high in fiber, which helps to control weight, prevent or manage diabetes and blood sugar, and may help prevent colon cancer and protect against heart disease. The National Institute of Medicine recommends 25-38 grams of fiber a day. The average American gets only 4-11 grams. One cup of beans provides 11-17 grams.

3. Nuts
Some of the largest and most important long-term studies of diet and health have shown that eating nuts several times a week is consistent with a risk of heart attack and heart disease that is 30%-50% lower than the general population. Just one ounce of nuts-almonds, macadamia, Brazil , walnuts, pecans-eaten three to five times a week seems to be the magic number.

4. Wild Salmon
Fish is the ultimate anti-aging food. Cold-water fatty fish like wild salmon, sardines, mackerel and herring contain omega-3 fats that protect the brain and the heart, improve mood, and lower blood pressure and triglycerides.

5. Raw Milk
Raw, organic milk nearly always comes from grass-fed cows and contains high levels of cancer-fighting CLA (conjugated linolenic acid) as well as a rich assortment of vitamins, minerals and beneficial bacteria (like Lactobacillus acidophilus)

6. Grass-Fed
Meat Meat from grass-fed cows has a much different fat profile than ordinary supermarket meat: high in omega-3s, lower in potentially harmful omega-6s and loaded with CLA, a kind of fat known for its anti-cancer activity. A superb source of protein and vitamin B12, it's also missing the antibiotics, steroids and hormones found in the meat that comes from feedlot farms.
7. Eggs
Considered by many to be nature's most perfect food, the egg is high in protein and relatively low in calories. The yolk contains choline, one of the most important nutrients for the brain, as well as lutein and xeazanthin, two critical nutrients for eye health. Brassica Vegetables Cabbage, Brussels sprouts, broccoli and kale all contain plant compounds called indoles that help reduce the risk of cancer. In addition to a stunning range of vitamins and minerals, they also contain sulforaphane, an important plant chemical that helps the body detoxify health-damaging chemicals.

8. Apples
Not only do they keep the doctor away, they also appear to do the same for lung cancer, diabetes and asthma. An apple contains five grams of fiber and a rich blend of nutrients including the bone-building vitamin K and the anti-inflammatory nutrient quercetin. And there's no better way to control your appetite than an apple eaten about half an hour before a big meal.

9. Onions and Garlic
In an impressive number of published studies, the consumption of onions and garlic has demonstrated protective effects against stomach, prostate and esophageal cancer. Along with broccoli, tea and apples, onions and garlic are among a select group of foods found to reduce mortality from heart disease by 20%.

10. Pomegranate Juice
Called "a natural Viagra" by researchers at Tel Aviv University , pomegranate juice is loaded with antioxidants. Studies show it can reduce blood pressure and plaque in the arteries. New research indicates it also slows the progression of tumors.. Four to eight ounces a day is highly recommended.

11. Green Tea
Though all teas are great for you, green tea has a unique profile of plant chemicals that have anti-cancer activity. It's now fairly established that green tea may help prevent the following types of cancers in humans: bladder, colon, esophagus, pancreas, rectum and stomach. If that's not enough, it also appears to help with weight control.

~ Selamat Membaca dan Mencuba ~

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidilfitri

Salam....
Sedar tak sedar kita semakin hampir untuk meninggalkan Ramadhan tercinta dan menungguSyawal yang bahagia untuk diraikan.....
Sempena Hari Raya ini, Ninie menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan rakan2 blog terutamanya khas untuk family tersayang, best buddies, housemate, officemate, kawan2 sekolah,universiti n kolej........... tak lupa kepada pembaca setia blog Ninie.
Luv uolls so much!!

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

LoVe,

Thursday, August 05, 2010

PROGRAM INTERVENSI OBESITI

Salam...
Actually Ninie just nak bgtaw...pengalaman mula2 masuk lapor diri kat PKD Hulu Selangor....
Hari first lapor diri kul 8 pg...tetibe je dah kene hantar g kursus TB kat Genting 3 hari.. kul 8 pg lapor diri..kul 2 ptg dah sampai Genting..... hahahaha..memang la seronokkan...

Minggu kedua pulak.. IKK panggil...sambil tunjuk satu surat...
sebenarnye dalam surat tu memang takde nama Ninie....tp tajuk surat tu lebih kurang camni la bunyiknye :

PROGRAM INTERVENSI OBESITI UNTUK KAKITANGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR

Boleh pulak pastu IKK Ninie tanye " Dinie..u rasa u masuk dalam golongan yang perlu hadir ke tak dalam program ni besok petang??"

Pergh............bedesing telingo den donga @!!!**!(!**!!!xxXx
hahahaha... :)

Masa masuk bilik meeting untuk program tu... dorang dah sibuk2 perli... "ha..kite ade ahli baru ni!!" " ni la Vice-President kite weh!!"
Mmg cukup bersabar.....

Sejak dari haritu....mmg dalam hati rasa "aku sambut cabarang ni..korang tengok la ape akan jadik kat aku 6 Bulan akan datang......"

Program ni kene timbang berat..bg gambar sebelum program..BMI... mcm2 lagi la..siap ade fail peribadi n yang paling penting.. program ni selama 6 bulan n ade HADIAH untuk pemenang yang turun berat badan mengikut peratusan ( Ala2 THE BIGGEST LOSER la...)

Alhamdulillah...skang dah seminggu NiNie diet n start masuk GYM...
Nak jugak rasa org tabik maut kat kite kan.... :)
Adios.......Chaiyok2.........

Saturday, July 24, 2010

Very The Bz....

Salam..
Lama tul rasanye tak update entry..
Sebenarnye macam2 hal melanda NiNie....
Salah satunye....
Sibuk dengan posting kerja...huhuhu..

Skang ni dah start keje sejak 19.07.2010....
Ditempatkan...mak ai..jauh btol rasanye walaupun satu selangor....
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor...
Kuala Kubu Bharu!!!....

So far..sana ok jerk...ntah la..try to be the best among the best....

Tada...papai..see ya...

Tuesday, June 01, 2010

Wakakakaka...kelakar betol la....

Salam...
Tadi tak de mende nak buat kat rumah selain edit kerja2 BANCI..
Tengok Blog2 kawan2..masing2 dok tgh mencuba gambar pic untuk 20 tahun akan datang..
memang lawak dan takotnyer.....hehehehehe...
sebab..rupa NiNiE dah macam NENET ATI sekarang dah.....hehehheheh
Jom tengok ape hasil nyer......
Jangan Gelak plakz ek.......
Try la kat sini : www.in20years.com



hahahaha...nenet yang cantik..siap lentik bulu mata wooo...



ni sebijik Nenet Ati kan???? hahahaha



Nenet pakai spek pasal dah tak nampak...dari muda sampai tua asik rabun je... :)


LoVe,



Berjaya ke tak???

SALAM...
Minggu pertama diet...kira ok la..ade turun sikit..
Minggu kedua diet..HAMPEH!!!! pasal NiNIE keje BANCI...perlu makan dan minum...
tapi yang bestnyer berat tetap maintain.. nasib baik tak naik banyak....
Minggu ni minggu ketiga NiNiE diet dan nasib baik la kat umah mak....
kalau kat KL..habis la nampaknya diet NiNIE...
Camne pun..kene berusaha jugak agar tak terlalu banyak makan dan makan dan makan....
hehehehe....

http://www.emocutez.com

Wednesday, May 19, 2010

NiniE- Vs - E.P.O

Salam...
Sebenarnya baru sebulan NiNIe try E.P.O ni atas advice rakan-rakan yang dah amik produk Evening Primrose Oil ni.. Maklum lah masing2 dah bertambah usianya..masing-masing risau dengan keupayaan badan apatah lagi badan macam NiNIe ni..banyak yang nak kene jaga !! hahahaha... so far sepanjang sebulan ni...tak brape nak nampak perubahan cuma dari struktur kulit jer mungkin berubah sedikit....



Just nak kongsi kepada pembaca blog NiNie apa itu EPO dan kelebihannya...

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


Antara fungsi dan keberkesanannya adalah seperti berikut :-
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Jom la CUBA !!!

LOvE,


Saturday, May 15, 2010

Ke Mana Hilangnya Semangat Aku???


http://www.emocutez.com

Salam..
Pergh..Ni dah masuk pertengahan bulan 5 untuk tahun 2010..
means that tinggal lagi 7 bulan untuk aku meneruskan perjuangan nak menghapuskan lemak degil kat badan aku ni...
Tapi...ke mana hilangnya semangat aku mula2 dulu???
weh....kenapa semangat ni kejap naik kejap turun ek...???
Cakap berkobar..tapi ntah bila la nak start serious....
Plizzz la NINIE... Tolong la wei... Jangan buat malu jer...
Kengkawan..korang ade rase benda yang sama tak macam aku ni????
Nape ek???.....
Bila baca blog orang lain yang dah berjaya..rasa berkobar2 jer... nak jadik macam dorang jugak!!!
Tapi..ntah bile la nak rase jadik macam dorang2 tuh...
Dear Semangat.... kembalilah kau disisi ku ( ceewah.... puitis plak)
InsyaAllah....semoga semangat nak ber 'DIET' akan kembali ISNIN ni...hehehhe
pasal...aku dah sediakan STRICT SCHEDULE untuk aku selama sebulan....
Mulai 17 MEI 2010 ~ 7 JUN 2010....
Wish Me LUCK!!! Yey...

http://www.emocutez.com
LoVE,


Sunday, May 02, 2010

Weekend yang Menggemukkan....adoiiiii

Salam..
Baca Tajuk entry ni pon dah menakutkan untuk mereka2 yang nak mengkuruskan badan...tapi..apa dah jadik ngan Ninie semalam dan harini pun tak tahu la...macam balas dendam terhadap makanan2 yang tak bersalah tu jer...hahahahahah

Semalam Sabtu (1.5.2010)...Tengahari je dah melantak lauk kenduri kawin umah member Ninie...
Bile dah jumpe kawan2 lama time school2 dulu..pergh..siap lah ade reunion yang tak dirancang... biase lah..kalau dah jumpe tuh sekali sekala nak jugak 'ngeteh' reramai kan...
So..lebih kurang kul 2 ptg tu kami semua g Secret Recipe Dataran Senawang..konon nak bincang pasal Gathering sekolah..memang la bincang kan..tp bile dah bincang tu..makan tetap makan..hahahahaha...
Lepas je SR, saje2 je NiNIe bg suggestion cakap ade satu tempat ni pon best jugak kalau makan2 ni...
kat Star Fresh, Jalan Bukit Putus Kolo Pilah..heheheh..
dan dan je dorang dengar n wat keputusan nak pegi..NinIe pon follow je la..


Selamat Pengantin Baru Zue...


Depan Restoran Star Fresh, Jln Bukit Putus


Ini...Saya yang punya!!!!


Dayah dengan STEAMBOT SEAFOOD...


Ini pulak..siap ade laici lagi tengah2 tuh...AMOY yang punyaaa!!

Ahad (2.5.2010) harini....abah cakap nak g lawat pandak kat Shah Alam..
On the way nak ke sane tu pagi2 lagi abah singgah kat Nasi Lemak Power Highway Nilai Utara tu...sodap lak ai nasik eh......sabar je la...
Pastu...dah sampai umah makndak, bulih plak dorang dah masak lauk tengahari.. makan laie... huhuhuhu...pastu tengah2 dok makan..makndak bukak Jalan2 carik makan TV3..
Boleh pulak Si Serina Chef Wan tu melantak makan kat ICE ROOM, NILAI 3, Negori Sembilan..
dan2 je abah kata..takpo kang balik kang kito singgah!!! hummang ai..memang HEAVEN je 2 hari ni asik melantak jer.... Mula dah risau pasal berat Ninie ni...
takpo2..tp bile singgah ICE ROOM tu..memang BEST GILERZZZZZZZZ....


Pintu masuk ke ICE ROOM, NILAI SQUARE


Ramai gilerss org sampai takde tempat duduk...


Antara yang dijual kat sini...best wooo


Ini..emak yang punyer...Tropicana Fruit Snow Ice


Ini Abah Punyer...Blueberry Snow Ice

dan..... Tadaaaaaa


Ini SAYA punyerr...Peanut Snow Ice..
Palinggggg The Marvellous!!!!

Sesape yang rase macam nak pegi Nilai 3 sebab nak beli karpet ke,pasu ke...
JGN LUPE singgah ICE ROOM ni kat Nilai Square...
Memang MALATOP!!!!

Ape2 pon..petang ni... JOGGING!!!!!!

Friday, April 30, 2010

H@ppY Burfd@y @di Irf@n Muqri....



Salam..
Tiba2 je harini maklam rasa macam sayu sangat..sedih... :(.. Emo...
Rupe-rupenyer hari ni Burfday Anak Buah maklam....
ADI IRFAN MUQRI BIN MOHAMMAD ADLI
Tadi tengok koleksi gambar2 Epan sejak kecik sampai besar...
Tersentuh rasa hati bila tengok anak buah maklam dah besar dengan cepat...
rasa baru semalam je die nangis2 ala-ala bby.. hehehehe..
Dan..maklam terasa pulak masa cepat berlalu dan dah tua...
Kalau la maklam ade bby..mesti dah sama besar dengan epan.. :(

Untuk Adi Irfan Muqri ( Mama Epan tolong bacakan untuk Epan ye!! )

  • Selamat Hari Lahir yang ke 5 tahun
  • Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezki
  • Belajar rajin2..jadik pandai macam babah dulu ( Babah dulu asik dapat no.1 je taw dalam kelas...maklam pulak asik dapat no.9 jer...heheheheh)
  • Jadik anak yang soleh dan berguna untuk keluarga
  • Sayang ADIK EKAL selalu...heheheheh
  • Maklam, Atot ngan Nenet semua di Senawang SAYANG Epan...
  • Mmmmmmuuuahhh



Tadaaaaaa..... Kad pon maklam bagi nie...hehehhe



Wednesday, April 28, 2010

Aku dan Henset Baru....

Salam...
Hari ni NInie dapat hadiah yang datangnya dari jauh tuh...SABAH bah!!!
Hadiah ni sebenarnya kire hadiah tertunggak sempena BURFDAY niNie bulan doblas arituh..
Baru sampai ke rumah Bundo kanduang hari ini 28/4/2010...
kire ok lah tu kan..sape nak bagi beb hadiah Henset sebijik...
Camne pon...thanks to My Lovely Brother n Sister Ahlong n kak Munie di Semporna, Sabah..
Muaahhh...cayunk kamu...hahahahaha




Siap ngan kotak cun lagie....heheheheh




Tadaaaaa.... ini lah die henset baruku!!!!




Sunday, April 25, 2010

Sekilas....DIET!!!!


Salam...
Semalam Ninie ada beli majalah RAPI edisi April 2010... so terbaca lah artikel yang sangat menarik tentang diet...banyak info menarik dalam majalah RAPI edisi April kali ni...
So..now NinIe nak kongsi lah dgn pembaca blog sebab lagipun NiNie dah lama tak update artikel2 baru tentang diet..dan dah begitu lama Ninie mengabaikan Diet NinIe... Berat still jerk macamtuh..tak naik dan tak turun2...adoiii... tp yang penting.. Ninie masih tidak mengabaikan senaman dan aktiviti regangan...

Sekilas..... DIET
  1. Gantikan pengambilan TEH @ KOPI di pejabat dengan TEH HIJAU yang berkhasiat. Dua gelas teh hijau setiap hari dapat membantu membakar sekitar 70 kalori!!!
  2. Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan dan peredaran darah. Air membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu pembakaran lemak dalam badan.
  3. Pengambilan SUSU adalah tepat untuk anda. Namun, bertukarlah kepada susu rendah lemak pula. Ia lebih menyihatkan dan perut juga terasa lebih kenyang..
  4. CUBA JAUHKAN MAKANAN dari sumber lemak dan kalori tinggi serta makanan ringan yang kurang menyihatkan...
  5. Produk kekacang mengandungi protien,serat,vitamin E dan magnesium. Kacang juga menghilangkan rasa lapar. Pastikan pengambilannya kurang dari 60 hingga 70 kalori per hari...
  6. Jauhkan MINUMAN BERKARBONAT kerana kandungan 133 kalorinya tidak sihat untuk anda, malah menyerap kalsium dalam tubuh. Pilihlah jus buah-buahan mahupun yogurt asli
  7. Bertukarlah pada SALAD BUAH-BUAHAN mahupun sayur yang direbus dan dimakan mentah. Anda masih boleh menikmati makan malam dengan berselera
  8. "MAKAN SAHAJA,BUKAN SELALU". Jangan mudah goyah. Ingat diet tetap diet!!! Tetapkan fikiran dan abaikan semuanya...
  9. Setiap kali menonton T.V pastikan bekalan air kosong mahupun jus segar sentiasa bersama. Ia mendorong anda daripada mengambil makanan tidak sihat.
  10. Kekacang,Sandwich mahupun Buah-Buahan Segar juga memberi kelebihan pada tubuh. Elakkan snek ringan yang kurang sihat...
  11. Jika makanan menjadi masalah pada anda, Buatlah NOTA KECIL dan simpan ke mana sahaja anda pergi baik di dalam beg tangan. diari mahupun di papan tanda bilik!!
  12. Untuk elakkan snek yang tidak sihat, coklat panas mahupun jus buah-buahan paling disarankan di waktu petang ketika anda sedang enak bersantai.
  13. JANGAN MENGABAIKAN DIET anda gara-gara majlis makan malam atau hidangan makanan yang lazat yang dijamu di depan mata. Satu yang anda harus ingat, diet perlu dijadikan KEUTAMAAN...
Wahhh.. banyak betul tips kan... Paling best dalam banyak2 tips ni bagi NiNie adalah TIPS NO.8... Ini IBU bagi segala tips.....hahahaha...
Semoga berjaya!!!!

Sunday, March 21, 2010

Kenduri Doa Selamat

Salam...
Alhamdulillah..Ahad lepas NiNie sekeluarga di Senawang sibuk sangat utk persediaan
majlis kenduri doa selamat.. Sebenarnya dah lama abah nak buat kenduri ni, tp
belum ada masa yang sesuai..so.Ahad lepas baru la hajat abah dapat dilaksanakan dengan
lancar walaupun petang tu hujan turun dengan lebatnya, namun tak menghalang
rakan taulan abah dari MAWAR HAEMODIALISIS, orang surau dan jiran2 datang
ke rumah...

Kenduri doa selamat ni dibuat atas sebab2 dan hajat yang tertentu;

1. Sempena kelahiran anak angah~ ALIYA ALTAFUNNISA walaupun yaya dah terbang ke New Zealand...dapat jugak atot dan Nenet buat kenduri Yaya kat sini..hehehe
2. Sempena abah@atot yang genap 6 tahun ber'dialisis'..semoga sihat dan dapat tengok cucu2 membesar...
3. Sempena Nenet yang menyambut hari lahir yang ke 58 tahun pada 19 Mac yang lalu~ HEPPY BURFDAY MOMMY~~~
4. Sempena ALONG dan Family di Sabah yang selamat dari bala bencana yang besar awal bulan lepas...Alhamdulillah...

Seperti biase, org yang paling penat utk ape2 majlis kat umah tu nanti konpom lah NinIe n Emak...sampai bengkak2 kaki kami untuk menyiapkan majlis tu... NiNie pun sampai tertinggal bas la nak balik MUAR..so pagi2 Isnin abah n mak hantar NiNiE balik ke Muar.. Thanks for Abah n Emak...

Jom tengok gambar2 sekitar majlis tersebut~~


Sedikit 'BERKAT' untuk hadiran yang datang



Antara hidangan untuk hadirin yang datang

Sebenarnya banyak gambar yang nInIe amik..tp tak sempat la nak upload kat sini sebab internet kat Muar ni salu sangat6 buat hal...takpe..nanti kalau dah OK ninie akan upload semula dalam entry ni...

ok..papai..Chaiyok2 NiNIe!!


Monday, March 08, 2010

Bye-Bye Aliya .....

Salam...
Semalam NinIe hantar Angah n family ke KLIA..
Dorang nak balik New Zealand selepas bercuti panjang (Cuti Bersalin)..
2 Bulan jugak lah Nenek n Atok dapat jaga n tengok cucu pompuan sulong mereka...
Maka, semalam terjadilah babak2 airmata buat kami...hahahahah
Sedih..lebih2 lagi Nenet yang dah banyak menjaga Yaya dari awal sampai lah Yaya dah umur 2 Bulan 10 hari....takpe Nenet, nanti aliya mesti balik punyer!!!
Jom layan gambar kami di KLIA sebelum berangkat ke New Zealand....







Semoga Aliya sihat selalu n cepat membesar...dapat balik tengok nenet n atok...
eeee....geram tengok pipi dia yang dah gebu tu.....
Ok la... see ya!!! Bye...

Sunday, February 28, 2010

50 HARI DENGAN OAT....

Salam...
Sebenarnya..sejak dua minggu ni, NiniE tak Berapa nak menjaga diet
dan dah banyak kali kantoikan diri sendiri dengan makanan yang
berkalori tinggi!!! ahahhahaha...
Tak tahu kenapa boleh jadik macamni..n disebabkan itu jugaklah
berat badan NiNie turun naik 1.5kg+- dan tak stabil lagi...
Disebabkan itu, NiNie akan memulakan cabaran baru 50hari dengan OAT!!!
Cabaran khusus untuk diri sendiri ini secara rasminya akan bermula pada ~

ESOK HARI ( ISNIN ~ 1 MAC 2010 )

Buat rakan-rakan blog...sila beri semangat untuk NiNie... dan kalau nak join sekali pun dipersilakan.... Bukan luak apa pun..demi menjaga kesihatan diri sendiri jugak...
Chaiyok2 NiNie..Kembali Semangat Meneruskan Perjuangan!!!!

Saturday, February 20, 2010

10 JENIS MAKANAN ANTI-KOLESTROL

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini. Kalau nak join NiNie untuk 50hari dengan OAT pun boleh jugak sebab kalau ramai-ramai lagi best n bersemangat!!!...

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


So..bermula hari ini 20.02.2010 (SABTU), Ninie akan cuba untuk memakan OAT setiap hari n nak tengok berapa kilo penurunan berat NiNie dan yang paling penting ialah bacaan terbaru untuk tahap kolestrol NiNie...Chaiyok2 Gurl...

Monday, February 15, 2010

JOM RAMAI-RAMAI TAMBAH SAHAM AKHIRAT!!

Salam...
Dengar tajuk entry pun rasa cam pelik je kan?? Kenapalah dengan si NiNIe hari ni ek??
Sebenarnya NiNie just nak kongsi satu cerita yang lebih hebat dari cerita yang ditayangkan kat pawagam2 sekarang.. Ini bukan cobaan..Ini Betol-Betol....



SAHAM AK
HIRAT?? Apa tu....????
Sebenarnya, agak sukar untuk kita tahu BERAPA saham akhirat yang telah kita laburkan untuk diri kita sepanjang hidup... Soalan yang agak sukar untuk kita jawab sebab jawapannya ada pada diri masing-masing...
Selama ni mungkin ramai yang diantara kita alpa dan lupa tentang 'SAHAM' kita yang sejak lahir memang dah ada dalam BURSA SAHAM AKHIRAT....
Tapi, apa yang boleh membantu diri NinIE dan anda semua adalah 'keseriusan' kita untuk benar-benar menambah saham akhirat itu!!

Jangan RISAU..Jangan RUNSING!!! Antara salah satu perkara yang boleh menambah saham kita itu nanti adalah dengan membaca dan MENGHAFAZ AL-QURAN....
Sebut je HAFAZ...adoii..ramai yang dah mengeleng-ngelengkan kepala... Macam2 alasan ada kat kepala otak tu..sama lah macam NiNie sebelum mencuba hafaz Al-Quran dulu...
Bukan lah nak kata NiNie ni hebat sangat ke, alim sangat ke..tapi..biarlah orang kata..kita ni masih berpijak di bumi yang nyata...masih tahu dan ingat tentang agama kita... InsyaAllah...



Tentu ramai yang nak tahu teknik termudah untuk fahami Al-Quran dan HAFAZ Surah idaman tanpa ada masalah dan teknik ni amat sesuai untuk mereka yang rasa cam diri mereka ni sibuk sangat sampai takde masa nak baca dan hafaz Quran...
So...sekarang..takde la alasan-alasan untuk taknak baca dan hafaz Quran....

CAMNA CARANYA???
Senang je...

1. Perasan tak ade banner kat atas sekali dalam blog NiniE ni???
2. Anda hanya perlu KLIK sahaja banner tu
3. Then, NiNie akan dapat PAHALA menyebarkan sesuatu yang sangat berguna kepada anda sekaligus TAMBAH SAHAM AKHIRAT kita bersama....Terima Kasih semua!!
4. InsyaAllah... Semua persoalan anda akan terjawab dalam CD tu nanti...
5. Kalau ada ape2 masalah atau comment jgn malu2 tanya NiNie....

Semoga apa yang NiNIe usahakan ini akan berjaya...membantu diri sendiri dan rakan-rakan dalam memperjuangkan AGAMA ISLAM yang tercinta... Amin...
Jumpa lagi...



Saturday, February 13, 2010

I'M HOME.............CNY... HOLIDAY TIME!!!!

Salam...
Heppy Chinese Newyear utk semua yg meraikannya...
yang paling heaven adalah diriku sendiri....
Coz....

1. CUTI!!!!....lama tu..seminggu taw!!!
2. Dapat jumpa anak2 buah kesayangan...coz dorang balik semenanjung..n my new anakbuah yang dah montel montana tu...ahaks!! then...
3. Proposal Program Gaya Hidup Sihat dah LULUS n now...

OUR 'BIG PROJECT' time cuti ni adalah....
DONATION...hahahahha
Di sebabkan kami ni just pelatih..so nak carik lah sumbangan n tajaan kalau2 ade sesape yg sudi nak menyumbang....
Harapanku..semoga rakan2 lain pun bertungkus lumus jugak mencarik sumbangan untuk Program Gaya Hidup Sihat yang bakal diadakan pada 10hb APRIL 2010 di Kampung Seri Menanti, Muar Johor..InsyaAllah....
Chaw Chin Chow...


p/s : Sesape rase berhajat nak derma jgn malu2 contact I ek!!! hahahha

Friday, February 05, 2010

TENSION!!!!

Salam....
Lama ek tak update story baru pasal NiNIE...ahaks..
Busy sesangat bulan ni.... mana nak siapkan proposal program...
nak attach kat unit2 lagi...adoiiyai..TENSION!!!
Dalam busy2 ni..mana nak DIET lagi...
Minggu lepas..Im PUT ON WEIGHT!!! hahahah...
lagi la TENSION..... camne ni...
Minggu ni..kembali berjogging n ber'exercise' selepas kene ceramah ngan doktor kat Muar
ni coz lutut ku yang still sakit... Doc. just bagi ubat saraf n suruh JGN BERJOGGING n rest bout 2 weeks.... bahananye.. beratku naik bout 2 KGs....
Tension2.... ditambah lagi bile fikiran ni asik dok teringat kat UMAH KU SYURGA KU sahaja!!!
Nak BALIK!!! hahahha...
Takpe...akan ku kembali berdiet mati-matian this week!!! PAPAI...

Saturday, January 23, 2010

Lamanya Tak Update....

Salam...

Lama betul rasanya tak update blog ni...
Sebenarnya ada banyak sebab tak dapat nak update blog niNiE ni...
Sebab UTAMA ialah....

Kat Muar TAKDE INTERNET!!! dan....yang paling sakit hati....
LAPTOPKU ROSAK!!! nak kene hantar g HP centre kat Damansara la pulak!! Adoyai...

http://www.emocutez.com

Tapi....

Hari ni dapat update pasal balik rumah emak...hehehehe
n yang paling bahagia...
BERATKU TURUN LAGI!!!

http://www.emocutez.com

Alhamdullillah....
so..berat terbaruku 23hb Januari 2010 ~ 92.3kg...
Go Go Gurl..U Can Do It!!!

Monday, January 04, 2010

GO GO GURL !!

Sempena Tahun Baru 2010 ni, NiNIe dah menetapkan TARGET untuk menurunkan berat secara 'BERHEMAH'...hehehhee....InsyaAllah....
So, NiNIe nak try la jugak kan...target turun berat badan dalam sebulan yang pertama untuk tahun 2010 ni seberapa banyak yang boleh..kalau boleh nak 3 - 5 kg ke!!
Jadi...2hb Januari aritu..NiNIe dah update berat terbaru NiNie...
Alhamdulillah..NiNIe berjaya turunkan 5 kg sepanjang proses penurunan berat bdn nINIe dan sejak terciptanye BLOG NiNIe ni..
Chaiyok2 Gurl...u can do it!!

THIS IS THE RESULT....


NinIe amat mengharapkan yg akan terus bersemangat dan 'kuat iman' untuk meneruskan misi2 penurunan berat badan NiNIe ni...
Begitu jugak kat kengkawan blog yang lain ek!! Pastikan impian kita semua tercapai!!
Go GO GurL!!

WELCOME TO MUAR !!

Salam...
Huhuhuh..akhirnye cuti sem NiNie dah Tamat...
Dan sekarang, NiniE berada di tempat latihan untuk praktikal yang baru!!
WELCOME TO MUAR, JOHORE!!
Selamat sampai jam 12.30 tengahari, Ahad bersamaan 3 Januari 2010

Mula2 sampai..adoii..memang sedih la..
Sebab kawasan tempat tinggal kami ni memang macam HAUNTED HOUSE dah!!
Adoiyai..maka dengan itu, NiNIe n geng memulakan OPERASI besar2 an...
Dan..Alhamdulillah..walaupun tak seberapa..namun dapat la jugak kami menjadikan tempat tu berada dalam keadaan yang bersih dan selesa sedikit berbanding time mula2 sampai...

Nak tengok tak bilik NiNie wif my 2 buddies yang lain??...



Hehehe..kire OkEy la tu kan...
Chaw Chin Chow!!!




Friday, January 01, 2010

SAYONARA 2009...WELCOME 2010....



Salam Untuk Semua Pembaca Blog NiNie...
Selamat Tahun Baru...
Mulakan Azam dan Impian Baru...
Semoga Ianya Tercapai!!!