Sunday, February 28, 2010

50 HARI DENGAN OAT....

Salam...
Sebenarnya..sejak dua minggu ni, NiniE tak Berapa nak menjaga diet
dan dah banyak kali kantoikan diri sendiri dengan makanan yang
berkalori tinggi!!! ahahhahaha...
Tak tahu kenapa boleh jadik macamni..n disebabkan itu jugaklah
berat badan NiNie turun naik 1.5kg+- dan tak stabil lagi...
Disebabkan itu, NiNie akan memulakan cabaran baru 50hari dengan OAT!!!
Cabaran khusus untuk diri sendiri ini secara rasminya akan bermula pada ~

ESOK HARI ( ISNIN ~ 1 MAC 2010 )

Buat rakan-rakan blog...sila beri semangat untuk NiNie... dan kalau nak join sekali pun dipersilakan.... Bukan luak apa pun..demi menjaga kesihatan diri sendiri jugak...
Chaiyok2 NiNie..Kembali Semangat Meneruskan Perjuangan!!!!

Saturday, February 20, 2010

10 JENIS MAKANAN ANTI-KOLESTROL

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini. Kalau nak join NiNie untuk 50hari dengan OAT pun boleh jugak sebab kalau ramai-ramai lagi best n bersemangat!!!...

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


So..bermula hari ini 20.02.2010 (SABTU), Ninie akan cuba untuk memakan OAT setiap hari n nak tengok berapa kilo penurunan berat NiNie dan yang paling penting ialah bacaan terbaru untuk tahap kolestrol NiNie...Chaiyok2 Gurl...

Monday, February 15, 2010

JOM RAMAI-RAMAI TAMBAH SAHAM AKHIRAT!!

Salam...
Dengar tajuk entry pun rasa cam pelik je kan?? Kenapalah dengan si NiNIe hari ni ek??
Sebenarnya NiNie just nak kongsi satu cerita yang lebih hebat dari cerita yang ditayangkan kat pawagam2 sekarang.. Ini bukan cobaan..Ini Betol-Betol....



SAHAM AK
HIRAT?? Apa tu....????
Sebenarnya, agak sukar untuk kita tahu BERAPA saham akhirat yang telah kita laburkan untuk diri kita sepanjang hidup... Soalan yang agak sukar untuk kita jawab sebab jawapannya ada pada diri masing-masing...
Selama ni mungkin ramai yang diantara kita alpa dan lupa tentang 'SAHAM' kita yang sejak lahir memang dah ada dalam BURSA SAHAM AKHIRAT....
Tapi, apa yang boleh membantu diri NinIE dan anda semua adalah 'keseriusan' kita untuk benar-benar menambah saham akhirat itu!!

Jangan RISAU..Jangan RUNSING!!! Antara salah satu perkara yang boleh menambah saham kita itu nanti adalah dengan membaca dan MENGHAFAZ AL-QURAN....
Sebut je HAFAZ...adoii..ramai yang dah mengeleng-ngelengkan kepala... Macam2 alasan ada kat kepala otak tu..sama lah macam NiNie sebelum mencuba hafaz Al-Quran dulu...
Bukan lah nak kata NiNie ni hebat sangat ke, alim sangat ke..tapi..biarlah orang kata..kita ni masih berpijak di bumi yang nyata...masih tahu dan ingat tentang agama kita... InsyaAllah...



Tentu ramai yang nak tahu teknik termudah untuk fahami Al-Quran dan HAFAZ Surah idaman tanpa ada masalah dan teknik ni amat sesuai untuk mereka yang rasa cam diri mereka ni sibuk sangat sampai takde masa nak baca dan hafaz Quran...
So...sekarang..takde la alasan-alasan untuk taknak baca dan hafaz Quran....

CAMNA CARANYA???
Senang je...

1. Perasan tak ade banner kat atas sekali dalam blog NiniE ni???
2. Anda hanya perlu KLIK sahaja banner tu
3. Then, NiNie akan dapat PAHALA menyebarkan sesuatu yang sangat berguna kepada anda sekaligus TAMBAH SAHAM AKHIRAT kita bersama....Terima Kasih semua!!
4. InsyaAllah... Semua persoalan anda akan terjawab dalam CD tu nanti...
5. Kalau ada ape2 masalah atau comment jgn malu2 tanya NiNie....

Semoga apa yang NiNIe usahakan ini akan berjaya...membantu diri sendiri dan rakan-rakan dalam memperjuangkan AGAMA ISLAM yang tercinta... Amin...
Jumpa lagi...



Saturday, February 13, 2010

I'M HOME.............CNY... HOLIDAY TIME!!!!

Salam...
Heppy Chinese Newyear utk semua yg meraikannya...
yang paling heaven adalah diriku sendiri....
Coz....

1. CUTI!!!!....lama tu..seminggu taw!!!
2. Dapat jumpa anak2 buah kesayangan...coz dorang balik semenanjung..n my new anakbuah yang dah montel montana tu...ahaks!! then...
3. Proposal Program Gaya Hidup Sihat dah LULUS n now...

OUR 'BIG PROJECT' time cuti ni adalah....
DONATION...hahahahha
Di sebabkan kami ni just pelatih..so nak carik lah sumbangan n tajaan kalau2 ade sesape yg sudi nak menyumbang....
Harapanku..semoga rakan2 lain pun bertungkus lumus jugak mencarik sumbangan untuk Program Gaya Hidup Sihat yang bakal diadakan pada 10hb APRIL 2010 di Kampung Seri Menanti, Muar Johor..InsyaAllah....
Chaw Chin Chow...


p/s : Sesape rase berhajat nak derma jgn malu2 contact I ek!!! hahahha

Friday, February 05, 2010

TENSION!!!!

Salam....
Lama ek tak update story baru pasal NiNIE...ahaks..
Busy sesangat bulan ni.... mana nak siapkan proposal program...
nak attach kat unit2 lagi...adoiiyai..TENSION!!!
Dalam busy2 ni..mana nak DIET lagi...
Minggu lepas..Im PUT ON WEIGHT!!! hahahah...
lagi la TENSION..... camne ni...
Minggu ni..kembali berjogging n ber'exercise' selepas kene ceramah ngan doktor kat Muar
ni coz lutut ku yang still sakit... Doc. just bagi ubat saraf n suruh JGN BERJOGGING n rest bout 2 weeks.... bahananye.. beratku naik bout 2 KGs....
Tension2.... ditambah lagi bile fikiran ni asik dok teringat kat UMAH KU SYURGA KU sahaja!!!
Nak BALIK!!! hahahha...
Takpe...akan ku kembali berdiet mati-matian this week!!! PAPAI...