Friday, April 30, 2010

H@ppY Burfd@y @di Irf@n Muqri....



Salam..
Tiba2 je harini maklam rasa macam sayu sangat..sedih... :(.. Emo...
Rupe-rupenyer hari ni Burfday Anak Buah maklam....
ADI IRFAN MUQRI BIN MOHAMMAD ADLI
Tadi tengok koleksi gambar2 Epan sejak kecik sampai besar...
Tersentuh rasa hati bila tengok anak buah maklam dah besar dengan cepat...
rasa baru semalam je die nangis2 ala-ala bby.. hehehehe..
Dan..maklam terasa pulak masa cepat berlalu dan dah tua...
Kalau la maklam ade bby..mesti dah sama besar dengan epan.. :(

Untuk Adi Irfan Muqri ( Mama Epan tolong bacakan untuk Epan ye!! )

  • Selamat Hari Lahir yang ke 5 tahun
  • Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezki
  • Belajar rajin2..jadik pandai macam babah dulu ( Babah dulu asik dapat no.1 je taw dalam kelas...maklam pulak asik dapat no.9 jer...heheheheh)
  • Jadik anak yang soleh dan berguna untuk keluarga
  • Sayang ADIK EKAL selalu...heheheheh
  • Maklam, Atot ngan Nenet semua di Senawang SAYANG Epan...
  • Mmmmmmuuuahhh



Tadaaaaaa..... Kad pon maklam bagi nie...hehehhe



Wednesday, April 28, 2010

Aku dan Henset Baru....

Salam...
Hari ni NInie dapat hadiah yang datangnya dari jauh tuh...SABAH bah!!!
Hadiah ni sebenarnya kire hadiah tertunggak sempena BURFDAY niNie bulan doblas arituh..
Baru sampai ke rumah Bundo kanduang hari ini 28/4/2010...
kire ok lah tu kan..sape nak bagi beb hadiah Henset sebijik...
Camne pon...thanks to My Lovely Brother n Sister Ahlong n kak Munie di Semporna, Sabah..
Muaahhh...cayunk kamu...hahahahaha




Siap ngan kotak cun lagie....heheheheh




Tadaaaaa.... ini lah die henset baruku!!!!




Sunday, April 25, 2010

Sekilas....DIET!!!!


Salam...
Semalam Ninie ada beli majalah RAPI edisi April 2010... so terbaca lah artikel yang sangat menarik tentang diet...banyak info menarik dalam majalah RAPI edisi April kali ni...
So..now NinIe nak kongsi lah dgn pembaca blog sebab lagipun NiNie dah lama tak update artikel2 baru tentang diet..dan dah begitu lama Ninie mengabaikan Diet NinIe... Berat still jerk macamtuh..tak naik dan tak turun2...adoiii... tp yang penting.. Ninie masih tidak mengabaikan senaman dan aktiviti regangan...

Sekilas..... DIET
  1. Gantikan pengambilan TEH @ KOPI di pejabat dengan TEH HIJAU yang berkhasiat. Dua gelas teh hijau setiap hari dapat membantu membakar sekitar 70 kalori!!!
  2. Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan dan peredaran darah. Air membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu pembakaran lemak dalam badan.
  3. Pengambilan SUSU adalah tepat untuk anda. Namun, bertukarlah kepada susu rendah lemak pula. Ia lebih menyihatkan dan perut juga terasa lebih kenyang..
  4. CUBA JAUHKAN MAKANAN dari sumber lemak dan kalori tinggi serta makanan ringan yang kurang menyihatkan...
  5. Produk kekacang mengandungi protien,serat,vitamin E dan magnesium. Kacang juga menghilangkan rasa lapar. Pastikan pengambilannya kurang dari 60 hingga 70 kalori per hari...
  6. Jauhkan MINUMAN BERKARBONAT kerana kandungan 133 kalorinya tidak sihat untuk anda, malah menyerap kalsium dalam tubuh. Pilihlah jus buah-buahan mahupun yogurt asli
  7. Bertukarlah pada SALAD BUAH-BUAHAN mahupun sayur yang direbus dan dimakan mentah. Anda masih boleh menikmati makan malam dengan berselera
  8. "MAKAN SAHAJA,BUKAN SELALU". Jangan mudah goyah. Ingat diet tetap diet!!! Tetapkan fikiran dan abaikan semuanya...
  9. Setiap kali menonton T.V pastikan bekalan air kosong mahupun jus segar sentiasa bersama. Ia mendorong anda daripada mengambil makanan tidak sihat.
  10. Kekacang,Sandwich mahupun Buah-Buahan Segar juga memberi kelebihan pada tubuh. Elakkan snek ringan yang kurang sihat...
  11. Jika makanan menjadi masalah pada anda, Buatlah NOTA KECIL dan simpan ke mana sahaja anda pergi baik di dalam beg tangan. diari mahupun di papan tanda bilik!!
  12. Untuk elakkan snek yang tidak sihat, coklat panas mahupun jus buah-buahan paling disarankan di waktu petang ketika anda sedang enak bersantai.
  13. JANGAN MENGABAIKAN DIET anda gara-gara majlis makan malam atau hidangan makanan yang lazat yang dijamu di depan mata. Satu yang anda harus ingat, diet perlu dijadikan KEUTAMAAN...
Wahhh.. banyak betul tips kan... Paling best dalam banyak2 tips ni bagi NiNie adalah TIPS NO.8... Ini IBU bagi segala tips.....hahahaha...
Semoga berjaya!!!!