Sunday, April 25, 2010

Sekilas....DIET!!!!


Salam...
Semalam Ninie ada beli majalah RAPI edisi April 2010... so terbaca lah artikel yang sangat menarik tentang diet...banyak info menarik dalam majalah RAPI edisi April kali ni...
So..now NinIe nak kongsi lah dgn pembaca blog sebab lagipun NiNie dah lama tak update artikel2 baru tentang diet..dan dah begitu lama Ninie mengabaikan Diet NinIe... Berat still jerk macamtuh..tak naik dan tak turun2...adoiii... tp yang penting.. Ninie masih tidak mengabaikan senaman dan aktiviti regangan...

Sekilas..... DIET
  1. Gantikan pengambilan TEH @ KOPI di pejabat dengan TEH HIJAU yang berkhasiat. Dua gelas teh hijau setiap hari dapat membantu membakar sekitar 70 kalori!!!
  2. Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan dan peredaran darah. Air membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu pembakaran lemak dalam badan.
  3. Pengambilan SUSU adalah tepat untuk anda. Namun, bertukarlah kepada susu rendah lemak pula. Ia lebih menyihatkan dan perut juga terasa lebih kenyang..
  4. CUBA JAUHKAN MAKANAN dari sumber lemak dan kalori tinggi serta makanan ringan yang kurang menyihatkan...
  5. Produk kekacang mengandungi protien,serat,vitamin E dan magnesium. Kacang juga menghilangkan rasa lapar. Pastikan pengambilannya kurang dari 60 hingga 70 kalori per hari...
  6. Jauhkan MINUMAN BERKARBONAT kerana kandungan 133 kalorinya tidak sihat untuk anda, malah menyerap kalsium dalam tubuh. Pilihlah jus buah-buahan mahupun yogurt asli
  7. Bertukarlah pada SALAD BUAH-BUAHAN mahupun sayur yang direbus dan dimakan mentah. Anda masih boleh menikmati makan malam dengan berselera
  8. "MAKAN SAHAJA,BUKAN SELALU". Jangan mudah goyah. Ingat diet tetap diet!!! Tetapkan fikiran dan abaikan semuanya...
  9. Setiap kali menonton T.V pastikan bekalan air kosong mahupun jus segar sentiasa bersama. Ia mendorong anda daripada mengambil makanan tidak sihat.
  10. Kekacang,Sandwich mahupun Buah-Buahan Segar juga memberi kelebihan pada tubuh. Elakkan snek ringan yang kurang sihat...
  11. Jika makanan menjadi masalah pada anda, Buatlah NOTA KECIL dan simpan ke mana sahaja anda pergi baik di dalam beg tangan. diari mahupun di papan tanda bilik!!
  12. Untuk elakkan snek yang tidak sihat, coklat panas mahupun jus buah-buahan paling disarankan di waktu petang ketika anda sedang enak bersantai.
  13. JANGAN MENGABAIKAN DIET anda gara-gara majlis makan malam atau hidangan makanan yang lazat yang dijamu di depan mata. Satu yang anda harus ingat, diet perlu dijadikan KEUTAMAAN...
Wahhh.. banyak betul tips kan... Paling best dalam banyak2 tips ni bagi NiNie adalah TIPS NO.8... Ini IBU bagi segala tips.....hahahaha...
Semoga berjaya!!!!

3 comments:

  1. tips no 8 mmg best krn..kte perlu ingat diet bukan nak diet gila2x...makan kerap kuantiti sedikit k

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal nye mia....Ibu bg tips2 kat atas tu niNie pili No 8...hehehhehe...

    ReplyDelete
  3. salam dini..

    mia nk privatekan blog...klu dpt,mia nak address dini..tlg emel kat mia ye di mia_azarina@yahoo.com

    tu pun klu sudi nk folow mia nye blog.

    ReplyDelete