Wednesday, May 19, 2010

NiniE- Vs - E.P.O

Salam...
Sebenarnya baru sebulan NiNIe try E.P.O ni atas advice rakan-rakan yang dah amik produk Evening Primrose Oil ni.. Maklum lah masing2 dah bertambah usianya..masing-masing risau dengan keupayaan badan apatah lagi badan macam NiNIe ni..banyak yang nak kene jaga !! hahahaha... so far sepanjang sebulan ni...tak brape nak nampak perubahan cuma dari struktur kulit jer mungkin berubah sedikit....



Just nak kongsi kepada pembaca blog NiNie apa itu EPO dan kelebihannya...

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


Antara fungsi dan keberkesanannya adalah seperti berikut :-
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Jom la CUBA !!!

LOvE,


Saturday, May 15, 2010

Ke Mana Hilangnya Semangat Aku???


http://www.emocutez.com

Salam..
Pergh..Ni dah masuk pertengahan bulan 5 untuk tahun 2010..
means that tinggal lagi 7 bulan untuk aku meneruskan perjuangan nak menghapuskan lemak degil kat badan aku ni...
Tapi...ke mana hilangnya semangat aku mula2 dulu???
weh....kenapa semangat ni kejap naik kejap turun ek...???
Cakap berkobar..tapi ntah bila la nak start serious....
Plizzz la NINIE... Tolong la wei... Jangan buat malu jer...
Kengkawan..korang ade rase benda yang sama tak macam aku ni????
Nape ek???.....
Bila baca blog orang lain yang dah berjaya..rasa berkobar2 jer... nak jadik macam dorang jugak!!!
Tapi..ntah bile la nak rase jadik macam dorang2 tuh...
Dear Semangat.... kembalilah kau disisi ku ( ceewah.... puitis plak)
InsyaAllah....semoga semangat nak ber 'DIET' akan kembali ISNIN ni...hehehhe
pasal...aku dah sediakan STRICT SCHEDULE untuk aku selama sebulan....
Mulai 17 MEI 2010 ~ 7 JUN 2010....
Wish Me LUCK!!! Yey...

http://www.emocutez.com
LoVE,


Sunday, May 02, 2010

Weekend yang Menggemukkan....adoiiiii

Salam..
Baca Tajuk entry ni pon dah menakutkan untuk mereka2 yang nak mengkuruskan badan...tapi..apa dah jadik ngan Ninie semalam dan harini pun tak tahu la...macam balas dendam terhadap makanan2 yang tak bersalah tu jer...hahahahahah

Semalam Sabtu (1.5.2010)...Tengahari je dah melantak lauk kenduri kawin umah member Ninie...
Bile dah jumpe kawan2 lama time school2 dulu..pergh..siap lah ade reunion yang tak dirancang... biase lah..kalau dah jumpe tuh sekali sekala nak jugak 'ngeteh' reramai kan...
So..lebih kurang kul 2 ptg tu kami semua g Secret Recipe Dataran Senawang..konon nak bincang pasal Gathering sekolah..memang la bincang kan..tp bile dah bincang tu..makan tetap makan..hahahahaha...
Lepas je SR, saje2 je NiNIe bg suggestion cakap ade satu tempat ni pon best jugak kalau makan2 ni...
kat Star Fresh, Jalan Bukit Putus Kolo Pilah..heheheh..
dan dan je dorang dengar n wat keputusan nak pegi..NinIe pon follow je la..


Selamat Pengantin Baru Zue...


Depan Restoran Star Fresh, Jln Bukit Putus


Ini...Saya yang punya!!!!


Dayah dengan STEAMBOT SEAFOOD...


Ini pulak..siap ade laici lagi tengah2 tuh...AMOY yang punyaaa!!

Ahad (2.5.2010) harini....abah cakap nak g lawat pandak kat Shah Alam..
On the way nak ke sane tu pagi2 lagi abah singgah kat Nasi Lemak Power Highway Nilai Utara tu...sodap lak ai nasik eh......sabar je la...
Pastu...dah sampai umah makndak, bulih plak dorang dah masak lauk tengahari.. makan laie... huhuhuhu...pastu tengah2 dok makan..makndak bukak Jalan2 carik makan TV3..
Boleh pulak Si Serina Chef Wan tu melantak makan kat ICE ROOM, NILAI 3, Negori Sembilan..
dan2 je abah kata..takpo kang balik kang kito singgah!!! hummang ai..memang HEAVEN je 2 hari ni asik melantak jer.... Mula dah risau pasal berat Ninie ni...
takpo2..tp bile singgah ICE ROOM tu..memang BEST GILERZZZZZZZZ....


Pintu masuk ke ICE ROOM, NILAI SQUARE


Ramai gilerss org sampai takde tempat duduk...


Antara yang dijual kat sini...best wooo


Ini..emak yang punyer...Tropicana Fruit Snow Ice


Ini Abah Punyer...Blueberry Snow Ice

dan..... Tadaaaaaa


Ini SAYA punyerr...Peanut Snow Ice..
Palinggggg The Marvellous!!!!

Sesape yang rase macam nak pegi Nilai 3 sebab nak beli karpet ke,pasu ke...
JGN LUPE singgah ICE ROOM ni kat Nilai Square...
Memang MALATOP!!!!

Ape2 pon..petang ni... JOGGING!!!!!!