Wednesday, May 19, 2010

NiniE- Vs - E.P.O

Salam...
Sebenarnya baru sebulan NiNIe try E.P.O ni atas advice rakan-rakan yang dah amik produk Evening Primrose Oil ni.. Maklum lah masing2 dah bertambah usianya..masing-masing risau dengan keupayaan badan apatah lagi badan macam NiNIe ni..banyak yang nak kene jaga !! hahahaha... so far sepanjang sebulan ni...tak brape nak nampak perubahan cuma dari struktur kulit jer mungkin berubah sedikit....



Just nak kongsi kepada pembaca blog NiNie apa itu EPO dan kelebihannya...

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


Antara fungsi dan keberkesanannya adalah seperti berikut :-
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Jom la CUBA !!!

LOvE,


1 comment:

  1. dini, mia pun dh lama amik EPO ni.bgs khasiatnya

    ReplyDelete